Eksplorasi Cilik Digital Sesi Februari 2024
18 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2024 (Sabtu), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Februari. Aktiviti ini telah disertai oleh 16 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar sekolah rendah ialah STEM IoT: Parts of Plant, Tanglung Planet dan Smartphone Hologram. Manakala untuk kelas e-Learning pula ialah Kuiz Parts of Plant, Alphabet Puzzle dan Kuiz Matematik. Untuk kelas softskill pula, pelajar-pelajar diajar cara membuat Spaghetti Bolognese dan Jelly Cocktails.
Untuk aktiviti STEM, petugas PEDi telah berkongsi kepada pelajar telah tentang cara penghasilan Parts of Plant, Tanglung Planet dan Smartphone Hologram. Pelajar-pelajar diajar mengenai bahagian setiap tumbuhan dan fungsinya. Pelajar telah disediakan kad manila dan mereka dikehendaki untuk melekatkan bahagian tumbuhan serta menulis setiap fungsi tumbuhan tersebut. Manakala untuk Tanglung Planet, pelajar-pelajar diajar untuk mengenal planet dan membuat tanglung planet menggunakan kertas. Selain itu, petugas PEDi mengajar pelajar-pelajar menggunakan Smartphone Hologram dengan melayari Youtube.
Disamping itu, untuk kelas e-Learning pula, pelajar diberikan kuiz menggunakan Wordwall iaitu kuiz berkenaan dengan Parts of Plant, Alphabet Puzzle serta Kuiz Matematik. Kuiz tersebut diadakan untuk menguji kefahaman pelajar dan mengulang kaji pelajaran sempena cuti sekolah.
Untuk kelas Softskill pula, staf Pedi Sg. Bandung telah mengajar pelajar-pelajar bagaimana untuk menyediakan Jelly Cocktail dan Spaghetti Bolognese untuk makan tengahari bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: